Saturday, December 6, 2014

Jika Anda Mengalami Masaalah Rambut , Jangan Putus Asa , Kami Sedia Membantu . whatsapp : 0199806377 @ 0132705556 untuk lebih informasi.

Tidak ada titik noktah untuk hair transplant . Jika anda mengalami male pattern baldness dan hampir botak di kawasan tengah , jika anda mempunyai donor area yang cukup , masaalah anda boleh di rawat. Jangan sesekali putus asa , di dr shah hair clinic kami pasti boleh membantu anda. Dr Shah akan berada di Subang jaya pada Isnin -Rabu (8-10 hb December 2014) . Tel 03 56332333 atau whatsapp : 0132705556 atau 0199806377 untuk temujanji konsultasi PERCUMA. Selamat kan Rambut anda .


Thursday, January 10, 2013

Kos & Teknik tanam rambut / Hair Transplant

Kos hair transplant bergantung kepada 2 perkara.

Perkara pertama adalah bergantung kepada teknik doktor mengambil rambut di bahagian "donor" area atau dari belakang kepala. Perkara kedua adalah bergantung kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Untuk mengetahui Jumlah Rambut yang di perlukan , anda boleh email kan saya gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com

Teknik mengambil Rambut.

1. FUT ( Follicular Unit Transplant surgery) adalah teknik pembedahan di mana doktor membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk di ambil rambutnya. Teknik ini adalah teknik asal hair transplant . Di dalam teknik ini , doktor akan mengambil sedikit kulit kepala bergantung kepada berapa banyak rambut yang di perlukan untuk hair transplant. Selepas itu doktor akan menjahit kembali kawasan yang telah di ambil kulit kepala dan rambut yang di ambil akan di proses sebelum di tanam. Kos teknik FUT adalah RM7/rambut



Rambut yang di ambil secara FUT
Kulit kepala yang di bedah
                                        


 
Jahitan menutup kawasan yang di bedah

2.Teknik tanpa pembedahan atau FUE
Di dalam teknik ini , tiada kulit kepala yang di potong , tetapi doktor mengambil satu persatu rambut . Oleh kerana kawasan yang di ambil itu adalah lubang lubang kecil , dalam masa 5 hari ke 7 hari bekas kawasan lubang kecil ini akan tertimbus dan sembuh. Kos teknik FUE ini adalah RM8/rambut



Hairdoctors Sede

Doktor mengambil satu persatu rambut.

Hairdoctors Sede
Gambar kepala kiri: sebelum .                            tengah : selepas FUE .                                     kanan :1 minggu selepas FUE

Hairdoctors Sede
Rambut yang di ambil





Sunday, September 16, 2012

Hair Transplant

Masalah keguguran rambut adalah salah satu masalah kecantikan utama di Malaysia. Ia bukan sahaja melibatkan lelaki , ia juga terjadi kepada wanita.

Sebenarnya banyak punca keguguran rambut tetapi untuk lelaki , masalah utama punca keguguran rambut adalah hormone DihydroTestosterone (DHT ). Hormone DHT boleh menyebabkan akar rambut menjadi lebih nipis dan kecil. Dan dari masa ke semasa , rambut menjadi lebih nipis dan membotak. Namun begitu , kesan DHT ini hanya kepada rambut di bahagian hadapan dan tengah kepala sahaja . Rambut di bahagian belakang kepala tidak akan menipis kerana secara genetik nya ia "resistance " atau stabil terhadap serangan hormone DHT . Botak ini di kenali sebagai Male Pattern Baldness.
Oleh kerana rambut di bahagian belakang kepala tidak gugur dan tidak boleh di rosakkan oleh DHT , lelaki yang mengalami Male Pattern Baldness ini akan kehilangan rambut di bahagian depan dan atas kepala tetapi rambut di bahagian belakang kepala kekal subur. .

Dalam rawatan "Hair Transplant " , doktor akan memindahkan sebahagian rambut di belakang kepala ke kawasan yang botak . Oleh kerana rambut ini kebal atau resistance terhadap DHT , maka rambut ini akan kekal subur dan tumbuh seperti normal. Ia akan memanjang dan anda boleh menyikat dan memotong rambut ini seperti biasa. Hasil adalah sempurna dan berkekalan.