Thursday, January 10, 2013

Kos & Teknik tanam rambut / Hair Transplant

Kos hair transplant bergantung kepada 2 perkara.

Perkara pertama adalah bergantung kepada teknik doktor mengambil rambut di bahagian "donor" area atau dari belakang kepala. Perkara kedua adalah bergantung kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Untuk mengetahui Jumlah Rambut yang di perlukan , anda boleh email kan saya gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com

Teknik mengambil Rambut.

1. FUT ( Follicular Unit Transplant surgery) adalah teknik pembedahan di mana doktor membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk di ambil rambutnya. Teknik ini adalah teknik asal hair transplant . Di dalam teknik ini , doktor akan mengambil sedikit kulit kepala bergantung kepada berapa banyak rambut yang di perlukan untuk hair transplant. Selepas itu doktor akan menjahit kembali kawasan yang telah di ambil kulit kepala dan rambut yang di ambil akan di proses sebelum di tanam. Kos teknik FUT adalah RM7/rambut



Rambut yang di ambil secara FUT
Kulit kepala yang di bedah
                                        


 
Jahitan menutup kawasan yang di bedah

2.Teknik tanpa pembedahan atau FUE
Di dalam teknik ini , tiada kulit kepala yang di potong , tetapi doktor mengambil satu persatu rambut . Oleh kerana kawasan yang di ambil itu adalah lubang lubang kecil , dalam masa 5 hari ke 7 hari bekas kawasan lubang kecil ini akan tertimbus dan sembuh. Kos teknik FUE ini adalah RM8/rambut



Hairdoctors Sede

Doktor mengambil satu persatu rambut.

Hairdoctors Sede
Gambar kepala kiri: sebelum .                            tengah : selepas FUE .                                     kanan :1 minggu selepas FUE

Hairdoctors Sede
Rambut yang di ambil