Thursday, January 10, 2013

Kos & Teknik tanam rambut / Hair Transplant

Kos hair transplant bergantung kepada 2 perkara.

Perkara pertama adalah bergantung kepada teknik doktor mengambil rambut di bahagian "donor" area atau dari belakang kepala. Perkara kedua adalah bergantung kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Untuk mengetahui Jumlah Rambut yang di perlukan , anda boleh email kan saya gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com

Teknik mengambil Rambut.

1. FUT ( Follicular Unit Transplant surgery) adalah teknik pembedahan di mana doktor membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk di ambil rambutnya. Teknik ini adalah teknik asal hair transplant . Di dalam teknik ini , doktor akan mengambil sedikit kulit kepala bergantung kepada berapa banyak rambut yang di perlukan untuk hair transplant. Selepas itu doktor akan menjahit kembali kawasan yang telah di ambil kulit kepala dan rambut yang di ambil akan di proses sebelum di tanam. Kos teknik FUT adalah RM7/rambut



Rambut yang di ambil secara FUT
Kulit kepala yang di bedah
                                        


 
Jahitan menutup kawasan yang di bedah

2.Teknik tanpa pembedahan atau FUE
Di dalam teknik ini , tiada kulit kepala yang di potong , tetapi doktor mengambil satu persatu rambut . Oleh kerana kawasan yang di ambil itu adalah lubang lubang kecil , dalam masa 5 hari ke 7 hari bekas kawasan lubang kecil ini akan tertimbus dan sembuh. Kos teknik FUE ini adalah RM8/rambut



Hairdoctors Sede

Doktor mengambil satu persatu rambut.

Hairdoctors Sede
Gambar kepala kiri: sebelum .                            tengah : selepas FUE .                                     kanan :1 minggu selepas FUE

Hairdoctors Sede
Rambut yang di ambil





286 comments:

  1. Hello Dr, bolehkah dr menyiarkan gambar-gambar patients dr sebelum dan selepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tontonan awam tidak di benarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan patient saya . Tetapi jika anda datang ke Klinik , boleh saya tunjukkan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Dr..brpe kos untuk 300 rambut gune teknik fue

    ReplyDelete
  3. kosnya adalah RM2400 untuk 300 graft teknik FUE

    ReplyDelete
  4. Asalamualikum dr shah, sy ada 3soalan,

    1.sy nak buat 1000graft so harga rm8000, ada tak tambahan kos dan caj yang lain lain.?
    2. Contoh gambar fue graft yg diambil adalah sudut kepala belakang mohon dr shah letakkan gambar result rambut yg ditanam itu.
    3. Sekiranya sy buat 1000graft berapa lama rambut yg difue boleh tahan diatas kulit kepala?then berapa peratus yg akan maintain sihat dikepala.?

    Thanks dr shah

    Wan..

    ReplyDelete
  5. Salam Wan
    1.Kos RM8000 adalah segalanya untuk hair transplant, tiada kos tambahan.

    Jika anda ingin mengambil ubat anti DHT untuk mengelakkan rambut asal yang masih ada dari terus gugur , kos rawatan adalah RM1800 untuk 1 tahun ubat. ( ubat ini bukan untuk rambut di hair transplant , tetapi rambut yang masih ada di kawasan depan dan tengah. Rambut ini jika anda tidak makan ubat , ia akan gugur dengan cepat)

    contoh gambar tempat di tanam FUE ... dalam gambar ini maybe dalam 2000 graft atau lebih
    click sini >> http://www.ushairrestoration.com/images/fue.jpg

    3. Dijangkakan lebih dari 85%- 95% rambut yang di tanam akan tumbuh sihat dan kekal sampai bila bila.

    Dr Shah


    ReplyDelete
  6. Salam Dr Shah. Saya faham segala info yg diberikan. Untuk melakukan 'hair transplant' ini, berapa lama ia dilakukan? Bolehkah patient balik pada hari yg sama, sekiranya ia dtg dari negeri2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika anda melakukan 2000 rambut ke bawah , anda boleh balik pada hari yang sama. Jika lebih , mungkin anda boleh tidur satu malam di kuantan dan balik the next day

      Delete
  7. SALAM DR

    SAYA ADA SOALAN

    1. MACAM MANA SATA DPTKAN UBAT ANTI DHT
    2. BERAPA LAMAKAH MENGAMBIL UBAT TERSEBUT UNTUK LEBIH KESAN
    3. APAKAH KESAN SAMPINGAN UBAT INI JIKA PENGMBILAN JANGKA MASA LAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat anti DHT boleh di dapati di klinik berdekatan , terutamanya jika panel klinik. Jika klinik itu tiada , mereka boleh order.
      anda akan dapat melihat kesan ubat itu selepas 3-6 bulan , dan ambil untuk sampai bila bila. Ini kerana bila anda berhenti ambil ubat tersebut , rambut akan gugur kembali.
      2 ke 5% orang yang mengambil ubat tersebut boleh mendapat gangguan sexual . Bincang dengan doktor yang memberikan ubat tersebut untuk keterangan lanjut.

      Delete
    2. maksud Dr Klinik swasta Ke?

      Delete
  8. HI Dr Shah,

    Persoalan, adakah anda juga membuat eyebrow transplant juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Ya , kami buat eyebrow transplant juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr.

      Kalo transplant eyebrow..harga dia sama juga tak kalau guna FUE. RM8 satu rambut atau lebih murah? bagaimana nk hubungi klinik?

      Delete
    2. eyebrow adalah fix rm3500 untuk kedua belah.
      anda boleh tel 0199806377 untuk temujanji

      Delete
  10. Asslm

    1. Ubat anti dht tu propecia ke?

    2. Apekah urutan temujanji jika sy ingin buat rawatan ini. Maksudnya 1st visit buat apa 2nd , 3rd dan seterusnya?

    3. Visit yg keberapa perlu potong rambut botak atau boleh ke tak perlu?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      jawapan
      ubat anti DHT seperti Finasteride dan contoh nya Propecia

      2. saya perlu melihat dahulu gambar masaalah rambut anda sebelum saya nyatakan apakah rawatan dan temujanji nya. anda perlu email dahulu gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com

      3. Jika hair transplant , rambut akan di potong di klinik. Anda tak perlu risau.

      Dr Shah

      Delete
  11. Hi doktor, sy ingin bertanya, kaedah penanaman rambut ni adakah masih berkesan untuk seseorang yg mempunya rambut yg nipis / sedikit sejak lahir? Mohon penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hair transplant adalah sesuai untuk masaalah rambut jenis male pattern baldness. Jika anda ada masaalah ini sejak kecil , perlu kita buat medical check up untuk megnetahui samaada anda ada masaalah penyakit lain yang boleh menyebabkan masaalah rambut juga.

      Delete
  12. hello doctor, hair transplant ni adakah sesuai utk wanita juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai juga , tetapi saya kena tahu punca masaalah rambut itu.

      Delete
  13. salam Dr,
    Maybe soalan agak lucu..
    kalau sy transplan guna folikel di bhg lain dari kepala
    contohnya (dibhg: leher, kaki atau ketiak) adakah iaynya relevan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mula mula kita akan menggunakan rambut dari donor hair . Tetapi jika rambut itu kurang , kita boleh juga menggunakan rambut dari area lain selalunya janggut kerana ia boleh panjang.

      Delete
    2. Jika rambut kita jenis kerinting, dan rambut donor lurus, lepas rambut yg ditanam tu gugur dan tumbuh yg baru, adakah kekal lurus?

      Delete
  14. Sy mempunyai masalah rambut yg sangat nipis dan sikit (baby hair/ premature hair).adakah dgn cara hair transplant nie dpt membantu saya? -gadisrunsing

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk wanita ada banyak sebabnya. Boleh anda emailkan gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk saya lihat dahulu?

      Delete
  15. Salam, Dr,
    kalau pakai donor dari bulu dada ataupun kaki boleh?
    ada kesan sampingan tak?
    lepas FUE, rambut akan gugur lagi tak?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. boleh juga , tetapi jika rambut dari donor hair takcukup sahaja baru kita guna bulu dari badan,

    ReplyDelete
  17. Aslmlkm dr...

    Adakah rambut yg baru ditanam akan terus tumbuh ataupun ia akan gugur dahulu dan rambut baru yg akan tumbuh?

    Jika rambut baru yg akan tumbuh, berapa lamakah masa yg diambil untuk rambut tersebut tumbuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut yang di tanam akan gugur selepas 3-5 minggu. Ia akan tumbuh balik selepas 5-7 bulan. Hasil yang memuaskan akan di lihat selepas 1 tahun

      Delete
  18. salam doc,

    Jika individu tu sememangnya dari awal lagi mempunyai masalah kekurangan rambut (sejak dilahirkan).. berkesan ke guna rawatan macam kat atas ni?

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkesan juga , sebab ia boleh memindahkan rambut dari kawasan lain ke kawasan yang sangat jarang

      Delete
  19. slm doc
    kat klinik ni ada gak ke menyediakan rawatan tuk masalah kulit kepala n rambut rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hair transplant adalah untuk male pattern baldness atau pun androgenic allopecia sahaja. Jika masaalah rambut lain , cara rawatan nya pun berlainan. Maybe anda boleh email kan saya gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk saya lihat dan cadangkan rawatan yang paling berkesan.

      Delete
  20. slm Dr.
    rambut saya telah menunjukkan tanda-tanda male pattern baldnes..tapi selepas saya menggunakan ubat herba, kelihatan anak rambut tumbuh.namun saya dapati anak rambut ini mngambil masa yang lama untuk matang..jadi soalan saya brape lama masa yg diambil untuk anak rambut menjadi matang dan lebat?ada cadangan ubat atau rawatan yang boleh merangsangkn lagi kadar pertumbuhan rambut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. hanya ubat Propecia dan Minoxidil spray sahaja yang berkesan untuk merawat male pattern baldness

      Delete
    3. Boleh tak kita gunakan minoxidil dan propecia serentak

      Delete
  21. Salam Dr..

    Saya mengalami keguguran rambut yang serius sehingga menampakkan kulit kepala. Saya berminat dengan rawatan ini dan berapakah kos yang diperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam , saya perlu melihat dahulu gambar masaalah rambut anda. boleh tak anda emailkan gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com ?

      Delete
  22. Salam,

    Jika seseorang itu mengalami keguguran rambut disebabkan masalah kulit kepala, adakah kebarangkalian rambut yang ditanam akan bertahan lama?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. salam doktor..
    saya mempunyai dahi yang sedikit luas. bolehkah jika tanam rambut sedikit ke depan ( dalam 1cm penambahan ) walhal kawasan tersebut tidak pernah tumbuh rambut sebelum ni. adakah ianya berkesan ??

    ReplyDelete
  25. salam doktor..
    dulu saya pernah mengalami kemalangan dan menerima jahitan di kepala...saya segan ingin bertemu dgn rakan kerana mempunyai parut di kepala....soalan saya bolehkah saya menggunakan kaedah FUE utk menutup parut di kepala saya..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. salam Dr..Saya Saiful..berumur 24 tahun..saya mengalami keguguran rambut,masuk tahun ke 6..rambut saya semakin menipis di bahagian tengah dan kulit kepala mula kelihatan di tengah..dan juga dahi semakin meluas..

    pertanyaan saya kebiasaan berapa banyak anak rambut yg perlu ditanam semula..dan kalau benih rambut tersebut di ambil dari rambut abanga saya yang mempunya jenis dan tona rambut yang serupa dengan saya bagaimana Dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hair transplant hanya akan berkesan jika kita menggunakan rambut kita sendiri sahaja. Jika anda boleh emailkan gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com , boleh saya cadangkan rawatan yang terbaik untuk anda.

      Delete
  28. Salam doktor. Di mana lokasi klinik doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik kami di
      3-14, mahkota square , jalan mahkota
      Kuantan
      Pahang. Anda boleh tel 09 5164777 atau 0199806377

      Delete
  29. Salam doktor.saya mempunyai masalah rambut agak jarang di bahagian depan. Jika saya ingin guna teknik FUE, perlu ke rambut dipotong pendek? Saya wanita berumur 28 tahun. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk donor area ( bahagian belakang di mana rambut akan di ambil) , kita kena potong pendek sikit. Di bahagian untuk di tanam , untuk wanita kita tak potong.

      Delete
  30. Dr. Boleh ke tanam dkt bahagian parut? Kesan parut eksiden.

    ReplyDelete
  31. Assalam..doktor nak tanya berapa kos untuk eyebrow transplant? dan apa prosedurnya? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk eyebrow , harga nya adalah adalah RM4000 untuk kedua dua belah eyebrow

      Delete
  32. salam.
    saya mempunyai dahi yang sedikit luas. bolehkah doktor mengesyorkan jenis rawatan kepada saya? Kesan sampingan? Kos pembiayaan?
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah dahi yang terlalu lebar dapat diatasi dengan tanam rambut dok, apakah dokter memiliki cbang klinik di Indonesia

      Delete
  34. Hi doktor....sy ade soalan nk tnye dktr..
    Rambut sy mule gugur dgn truk..slpas itu ble tumbuh rambut baru,seolah tumbuh bulu warne putih di rambut...sy pn tk pasti itu ape...kening sy pn sdah mulai gugur...bulu di badan pn sdah tumbuh warne putih...
    Hope dktr dpt beri jawapan...terima kasih dktr

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolekah anda email kan saya gambar masaalah rambut itu ke drshahhairclinic@gmail.com untuk saya lihat dahulu?

      Delete
  35. Assalamualaikum Dr.

    Saya berusia 24 tahun dan mempunyai masalah keguguran rambut sejak berusia 16 tahun lagi. Sekarang rambut saya semakin nipis dan sebulan sekali ada ketumbuhan jerawat@kudis di kulit kepala yg sangat gatal dan sakit.

    Pelbagai cara telah saya cuba tapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah ni. Bolehkah Dr. berikan solusinya...
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak anda emailkan gambar msaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk saya lihat dahulu ?

      Delete
  36. doktor saya mempunyai masalah bulu kening yang tidak lebat dan saya berminat untuk membuat teknik transplant tetapi saya mempunyai masalah kesihatan iaitu saya mempunyai masalah mata (glaucoma). bulu kening dan mata berada di kawasan yang hampir dekat jika saya membuat transplant bulu kening adakah ianya akan memberi kesan terhadap mata saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masaalah glaucoma adalah masaalah dalam mata , manakala apabila menanam kening , hanya di kawasan kulit di luar mata. Proses penanam kening tidak akan menggangu masaalah glaucoma anda.

      Delete
  37. Slm.. Sy mgalami msalah keguguran rmbut yg dsebbkan faktor kturunan,blehkh sy?? Berapa kos untuk rawatan ni,,overall,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi , sebelum merangka rawatan yang terbaik untuk anda , boleh tak anda emailkan saya gambar anda ke drshahhairclinic@gmail.com ?

      Delete
  38. sekiranya pengambilan ubat untuk menghalang DHT sahaja sudah memadai utk mengatasi masalah rambut (keguguran peringkat awal), berapa lama kena ambil ubat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat anti DHT memang boleh menghalang sahaja tetapi tidak menyembuhkan. Oleh itu jika ia berkesan untuk anda , anda perlu mengambilnya sehingga selama mungkin.

      Delete
    2. ada ke ubat yang boleh menyembuhkan..?sebab doktor kata, DHT boleh menghalang sahaja...tq DR

      Delete
  39. Aslm dr..sy ex patient dr last year..nk tahu apa beza propecia dan finpecia..slps rwtn ngan dr sy guna propecia yg dibeli dr clinic dr...ingat nk continue dgn finpecia sbb lebih murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. propecia dan finasteride adalah sama. Tetapi FInasteride ada 2 jenis. Propecia adalah finasteride 1mg , proscar adalah finasteride 4 mg. Untuk menjimatkan wang , memang orang mengambil finasteride 4 mg dan potong 2 atau 4. Tetapi walaupun begitu ia tidak seberkesan propecia 1 mg... anda boleh mencuba finasteride 4mg dan potong 2 atau 4 , tetapi jika anda mendapati ia kurang berkesan , anda kena ambil propecia kembali.

      Delete
  40. Dr, kalau minoxd ada kesan sampingan tak?

    ReplyDelete
  41. Doc sakit tak FUT technique??
    Parut kekalkah?

    ReplyDelete
  42. doktor saya ade masalah dahi luas sejak kecil lagi. kalau mcm doktor kata ambek sedikit bahagian rambut dibelakang, adakah bahagian belakang akan jadi teruk pula susunan rambutnya? ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh kecilkan dahi anda dengan hair transplant. Rambut belakang tidak akan terganggu ,

      Delete
  43. Salam doc... Jika saya terus ke clinik shah hairclinic untuk proses kenalpasti problem rambut sy boleh ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh buat appointment dengan tel 095164777 atau 0199806377.

      Delete
  44. Dr Shah,
    I just wonder if Dr oleh buat hair transplant on accident scar?tak besar sangat.tp affected area mcm timbul sikit.cost for transplant is per strand atau lain-lain charge?

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello
      Kita memang boleh buat hair transplant untuk accident scar . Boleh tak anda emailkan gambar parut anda itu ke drshahhairclinic@gmail.com untuk saya lihat dahulu ?

      Delete
  45. salam dr, adakah grafts dan rambut itu sama?

    ReplyDelete
  46. Dr. chickenpox scar boleh tak rawat? My face got kawah from chicken pox. Price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila email gambar ke drshahhairclinic@gmail.com

      Delete
  47. Slam dr..saya mengalami rambut nipis di pusar dan atas kepala bermula umur sy 16 tahun Kerana genetik..Soalannye boleh ke rwtan ni mmbntu sy?


    Next kwsn rambut yg diambil tu akan kosong dan rambut x tumbuh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rawatan ini adalah rawatan yang berkekalan dan berkesan untuk anda. Kawasan rambut di ambil akan kurang sahaja rambut.

      Delete
  48. Salam,doktor. Saya ingin mendapat kepastian:
    1. Jika saya mahu pindah rambut dari bahagian belakang ke bahagian hadapan,bolehkan rambut baru tumbuh semula ditempat yang diambil atau ia tidak akan tumbuh semula.
    2.Jika saya melakukan pemindahan rambut,perlukah saya mengambil sebarang ubatan untuk mengelakkan rambut yang ditanam dan sedia ada dari gugur.
    3. Adakah doktor akan memeriksa dahulu masalah kulit kepala serta darah pelanggan untuk memastikan masalah dihadapi?
    4.Bagaimana dengan bayaran? Bolehkah saya gunakan kredit kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      jawapan
      1. rambut di kawasan yang di ambil akan sedikit berkurangan
      2. untuk rambut yang di tanam... tak perlu
      3. anda ada masaalah darah atau masaalah kulit kepala?
      4. bayaran boleh di lakukan dengan kredit kad , cash atau bankers cheque.
      untuk kos sebenar , boleh emailkan gambar ke drshahhairclinic@gmail.com

      dr shah

      Delete
  49. Salam dr,
    Bolehkan sy tumbuhkan jambang dan janggut dgn kaedah transplant?
    Dan berapa anggaran kos untuk itu doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tanam dulu dalam 500 helai dulu, kos RM4000
      selepas setahun kita lihat hasilnya ok samaada perlu tambah lagi atau tidak

      dr shah

      Delete
  50. assalam dr shah,
    adakah rambut ini akan gugur kembali setelah kita menjalani proses penanaman ini?
    adakah kita perlu apa2 ubat untuk melebatkan nya kembali?/

    ReplyDelete
  51. Doctor Ada buat hair implant tak? Yg bio fibre hair tu? Kalu ada brapa ya?

    ReplyDelete
  52. salam dr.

    saya mengalami masalah keguguran teruk di bahagian depan kepala
    Mungkin dari pengunaan steroid,hair transplan boleh kekal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hantar gambar masaalah rambut anda di drshahhairclinic@gmail.com untuk dr lihat dulu ?

      Delete
  53. Salam Dr shah , saya nak tahu fut vs fue mane yang lagi bagus ? Sbab dari pandangan dr dr yang saya lihat d YouTube mempunyai pandangan berbeza .. , kos hair transplant d Thailand saya lihat lebih kurang sama d klinik Dr shah .. , dan setakat ni dr shah dah berapa lama membuat rawatan pengkhususan rambut ni .. terima kasih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua dua teknik nya bagus , cuma FUT ada parut panjang di belakang kepala .Akhir sekali , ia bergantung kepada skill team hair transplant itu sendiri. Kami dah buat dalam 4 tahun .

      Delete
  54. Hai dokter, boleh dak buat hair transplant pada bulu mata n berapa anggaran kosnya?

    ReplyDelete
  55. hello dr, selepas melakukan hair trnsplnt ne adakah pantang larang yg perlu dielakkan.?
    2. sekiranya saya menggunakan altenatif lain seperti pengambilan supplmnt biotin, adakah biotin akan membantu pertumbuhan rambut?

    ReplyDelete
  56. Hello
    selepas melakukan hair transplant , tak boleh menggaru kepala atau kawasan hair transplant selama 10 hari. Jika anda mengalami male pattern baldness , biotin tidak membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh mcm tu.
      so klo saya x mengalami male pattern baldness, biotin boleh membantu pertumbuhan atau melebatkan rambut sayalah??

      Delete
  57. salam dr shah , dr boleh buat macam technique dr brett bolton ?
    sebab saya memang berminat.
    1
    More Density

    A Bolton Bundle, also known as a Multiple Follicular Unit Graft, contains 4 - 8 hairs per graft.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya dr shah charge per graft atau per hair folicle ? kalau i nak buat banyak graft ade discounted price ke ?

      Delete
    2. Dr Brett Bolton menggunakan Strip technique , kita hanya buat FUE technique.
      Kita charged per hair follicle . Harga per hair follicle adalah RM8 each sebab kita guna FUE technique

      dr shah

      Delete
  58. salam Dr. saya dulu pernah rebondingkan rambut dan kerap menggunakan spray rambut malah sering ironkan rambut.. sekarang ne rambut saya gugur dan semakin menipis. adakah keguguran rambut saya itu disebabkan perbuatan saya itu atau disebabkan saya mengalami male pattern baldness....
    saya berumur 22tahun n dalam keluarga xder yg MPB...
    harap dapat respon dri Dr..tq

    ReplyDelete
  59. pagi Dr, nak tanya jika saya menggunakan minoxidil tapi dalam masa yg sama saya juga memakan supplmnt zink complex & biotin....bole ker Dr?

    ReplyDelete
  60. Assalam. Saya mengalami keguguran rambut bermula ketika berumur 27 tahun. Kini bahagian depan dan tengah kepala semakin kurang rambut. Soalan saya:
    1. Berapakah bilangan rambut yang perlu ditambah untuk kelihatan normal?
    2. Kos untuk 1000 helai rambut menggunakan teknik fue.
    3. Adakah rambut yang ditanam akan tumbuh semula jika gugur mengikut kitaran
    rambut?
    4. Bolehkah menggunakan shampu biasa atau tertentu selepas 2 minggu fue?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam
      bilangan rambut yang perlu di tanam bergantung kepada keadaan sebenar. Dr perlu melihat gambar . boleh email gambar ke drshahhairclinic@gmail.com atau whatsapp ke 0199806377 atau 0132705556
      2. Kos adalah RM8/rambut untuk teknik FUE
      3.Rambut yang di tanam jika gugur ia akan tumbuh balik
      4. Boleh

      dr shah

      Delete
  61. Dr,

    Adakah kaedah/teknik rawatan ini boleh digunakan untuk tumbuh misai/jambang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh , ia di gunakan untuk melebatkan misai / jambang

      Delete
    2. saya berminat untuk melebatkan misai dan jambang. Tetapi saya nak melebatkan misai dahulu untuk melihat samada teknik ni berkesan atau tidak. Boleh ke dr ? Tq

      Delete
    3. boleh. call 03 56332333 atau whatspp 0199806377 untuk temujanji ok

      Delete
  62. Assalamualaikum.,sy nk tnye doktor sikit....sy berdahi luas sjak lahir... Lbih kurang 7~8cm...klau guna kaedah ni berkesan x??kengkawan dkat sek slalu kutuk psal hal ni...sy hrap doktor bole jlaskan & klau bole...bg discount eh....hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam
      kaedah yang terbaik untuk mengecilkan dahi adalah dengan menanam rambut ,. Jika anda boleh emailkan dr gambar masaalah dahi anda ke drshahhairclinic@gmail.com , dr boleh kasi lebih penjelasan atau call 0356332333 untuk temujanji PERCUMA

      Delete
  63. hi Dr adakah penggunaan minoxidil melebihi 5/10tahun akan mendatangkan kesan sampingan.

    2. adakahkah keberkesanan minoxidil masi berkesan dalam masa jangka panjang jika di gunakan secara terus. Jangka masa 5 ke 10 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada male pattern baldness , kena makan propecia juga.
      minoxidil spray selamat , tak ada masaalah ketara

      Delete
  64. Doktor, saya mengalami masalah botak kepala dr hadapan kepala hingga belakang bahagia pusar, berapakah agaknya kos rawatan tersebut? Dan satu lagi rawatan yang mana Doktor cadangkan antara FUT dgn FUE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda mengalami masaalah male pattern baldness. Boleh tak emailkan gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk dr tgk?

      Delete
    2. Hi Dr. Propecia ada kesan mandul atau kesuburan sperm? Apakah Tablet Mineral atau Vitimin yang sesuai untuk rambut?

      Delete
  65. Hi Dr. Propecia ada kesan mandul atau kesuburan sperm? Apakah Tablet Mineral atau Vitimin yang sesuai untuk rambut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello, jika anda mengalami masaalah male pattern baldness , rawatan utama adalah ubat anti DHT seperti Propecia , kesan samping propecia adalah 1-2% boleh mengalami gangguan sexual seperti kurang nafsu sex. Ia tidak menyebab kan mandul. Jika anda mengalami male pattern baldness , mineral atau vitamin tidak boleh membantu

      Delete
    2. Salam Dr. Shah, may I know how to get anti DHT medicine?

      Delete
    3. Kita ada jual ubat anti DHT : Propecia
      Tel 03 56332333 untuk maklumat lanjut atau tel 0199806377

      Delete
  66. boleh ke untuk rawatan penumbuhan jambang dan janggut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. Untuk maklumat lanjut : sila whatsapp 0199806377 atau tel 0356332333 untuk temujanji

      Delete
  67. salam dr,utk patient with alopecia universalis,is ittreatble to do hair transplant?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk hair transplant , kita memerlukan rambut dari donor hair. Jika anda ada alopecia Universalis , kita takboleh rawat dengan hair transplant sebab tiada donor hair.

      Delete
    2. Salam. Dr adakah mereka yg berdahi jendul / luas boleh melakukan rawatan ini? Berapa kos yg diperlukan untuk mereka yg berdahi jendul / luas ?

      Delete
    3. boleh . Rambut akan tumbuh tempat kita tanam . Boleh email dr gambar masaalah rambut anda untuk dr tgk dulu? email ke drshahhairclinic@gmail.com .

      Delete
  68. Salam doctor, saya disahkan mengalami alopecia areata. Boleh kah hair transplant membantu? Saya belum mencuba treatment injection steroid seperti yg doktor saya cadangkan. Terima kasih, ina.

    ReplyDelete
  69. Assalam.. Doct.kalau rambut botak disebabkan keturunan.boleh tanam tak rambut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hair transplant merupakan rawatan yang bersesuaian untuk masaalah rambut jenis keterunan.

      Delete
  70. Berapa kos skrg utk tanam rambut ni doktor. Dahi saya luas dan mcm semakin botak rambut pon nipis. Tlg doktor. Kadar keyakinan saya utk berdepan dgn awam semakin menurun . Sy malu. Umur baru 24.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam , kos tanam rambut adalah RM8/rambut . jumlah kos tanam rambut bergantung kepada berapa banyak rambut yang perlu di tanam. boleh tak emailkan dr gambar msaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk dr tgk dulu , atau awak boleh datang ke klinik untuk konsultasi . Tel 03 56332333 atau whatsapp 0132705556 / 0199806377 untuk maklumat lanjut atau temujanji dengan dr shah ok

      Delete
  71. A'kum dr shah...apa pandangan dr mengenai procapil dan kebaikannya utk rambut?

    ReplyDelete
  72. saya dah apply 5bulan minoxidil, tapi x byk perubahan yg nampak dr...rasa nak stop tapi takut nanti gugur...... adakah minoxidil x berkesan tuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda mengalami male pattenr baldness , minoxidil spray tak berkesan sangat jika anda tidak makan ubat finasteride 1mg

      Delete
    2. saya x taw sama ada saya mengalami MPB,,,,, yg pasti rambut bahagian tengah menipis , bole nampak kulit kepala dah....
      dalam keluarga ayah saya macam dah botak2 sikit tu pun mula kelihatan pada umur 54 tahun.......

      Delete
    3. ok , anda boleh hantar gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk dr tgk dulu ok

      Delete
  73. jika anda mengalami masaalah male pattern baldness, minoxidilspray tak akan berkesan sangat kalau awak takmakan ubat finasteride 1mg

    ReplyDelete
  74. hai dr, harga bole nego ker klo saya nak buat hair transplnt???
    rm6 sehelai.....it's possible..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. where are u staying. email us your hair loss pic to drshahhairclinic@gmail.com

      Delete
  75. Replies
    1. we still have branch in kuantan
      call 09 5164777 / 0199806377 for an appointment ok Airuz

      Delete
  76. Boleh berikan alamat penuh klinik x!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr shah clinic , no 29 , SS 15/5A, Subang Jaya
      03 56332333
      0132705556

      call untuk temujanji ok

      Delete
  77. salam
    perlukah botakkan rambut dulu utk buat fue.?klu x perlu botak boleh kah doktor?

    ReplyDelete
  78. salam
    perlukah botakkan rambut dulu utk buat fue.?klu x perlu botak boleh kah doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia bergantung kepada berapa banyak rambut yang perlu di tanam. kalau sikit , tak perlu botakkan

      Delete
  79. salam Dr. saya mengalami rambut gugur dan menipis....saya skg guna minoxidil
    tapi x berapa berkesan...saya takut nak makan finpecia, takut nanti ada side effect.
    nanti lemah tenga batin..... adakah side effect tu akan hilang bila hentikan pengambilan
    atau akan kekal selam2 nya.... mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya 2-4% lelaki yang mengalami masaalah male pattern baldness dan mengambil ubat finasteride 1 mg boleh mengalami gangguan sexual. tapi kita takboleh agak siapa yang akan mengalami nya. so anda kena cuba ambil ubat ini , selepas menggunakannya , jika anda mengalami masaalah sexual , anda boleh berhenti dan side effect ini akan hilang.

      Delete
    2. Dr. adakah rwatan hair trnsplant ni 100% berjya

      Delete
  80. transplant jambang boleh tak doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. whatsapp gambar dagu anda ke 0199806377 untuk dr tgk dulu ok

      Delete
  81. Kalau rambut hadapan sy berbentuk M & sy nak tanam rambut d bahagian yg kosong..anggaran brpa kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh whatsapp gambar keadaan rambut anda ke 0199806377 untuk dr tgk

      Delete
  82. Assalam dr shah...sye rohaizad umur 44 tahun..sye mngalami masalah botak yg bertambah serius...sye amat tertekan disebabkn masalah rmbut sye..sye brcadang utk buat hair transplant jika kos berpatutan...boleh kah dr shah bantu sye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam , boleh awak email saya gambar masaalah rambut awak ke drshahhairclinic@gmail.com untuk dr tgk dulu?

      Delete
  83. salam doc. nk tanya rawatan untuk parut dekat kening boleh tak? parut bekas jahitan masa kecil. dkt parut tu mcm tk berapa nk tumbuh kening. so apa yg doc boleh suggest dkt saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kita tanam rambut di kawasan tersebut. datang lah ke klinik untuk rawatan

      Delete
  84. Salam doc. Kenapa begitu lame masa yang diambil untuk llihat hasil tanam rambut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kerana rambut memerlukan sedikit masa untuk adaptasi di kawasan rambut yang baru di tanam

      Delete
  85. salam dr,

    sy pelajar ipta yg mengalami masalah rambut gugur sehingga ada kesan botak. sy berminat dgn hair plantation ni. tp boleh tak dr reply comment persoalan di atas berkenaan begitu lama masa yg diambil utk lihat hasil tanaman. sy percaya rakan tersebut pernah buat hair plantation dgn dr. memandangkn sy masih lg student, sy perlukn kepastian ttg keberkesanan teknik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil akan kelihatan paling cepat 6 bulan ... tetapi hasil terakhir antara 12 ke 18 bulan

      Delete
  86. Sabar je doctor Shah jawab one by one. Walaupun certain FAQ dah dijawab dalam blog ni kat atas tu. :) gf cakap rambut I captain america like (widows peak) so nanti ingat nak lowerkan sikit la hairline.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. bila bila masa boleh datang ke klinik untuk rawtan

      Delete
  87. Salam Dr,

    Saya pernah mengalami masalah trichotillomania dan saye hampir botak krn terlalu kerap mencabut rambut, ttp skrg saya dah pull free about 1-2 years dan rambut saye tumbuh seperti biasa. Tetapi ada certain area rambut saya tumbuh sangat jarang dan nmpk spt sy mengalami alopecia areata.

    Adakah hair transplant dpt mengatasi masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. mungkin kawasan tersebut sudah menjadi parut dan menyebabkan akar rambut x boleh tumbuh. Rawatan terbaik adalah hair transplant.

      Delete
    2. Assalamualaikum doktor.Ingin bertanya berapa sebenarnya kos transplant hair????adakah kosnya RM 8000.00 atau RM 12,0000.00????sy tgh confused doktor.harap di beri pencerahan.

      Delete
    3. Assalamualaikum doktor.Ingin bertanya berapa sebenarnya kos transplant hair????adakah kosnya RM 8000.00 atau RM 12,0000.00????sy tgh confused doktor.harap di beri pencerahan.

      Delete
    4. w salam
      kos hair transplant adalah RM8/rambut.
      total cost bergantung kepada berapa banyak rambut yang perlu di tanam. Jika anda perlukan 1000 helai maka kos nya RM8000 , jika anda perlukan 1500 helai maka kosnya RM12,000. Untuk tahu berapa banyaknya rambut di perlukan untuk anda , awak perlu emailkan gambar masaalah rambut anda ke drshahhairclinic@gmail.com untuk dr tgk ok

      Delete
    5. Assalam,doktor nak tanya kalau rambut gugur bertompok- tompok apakah rawatannya.boleh bgth saya apakah rawatan yg patut saya buat.rambut dah gugur 4 tahun dan pelbagai ubat saya dah guna..terima kasih

      Delete
    6. Assalam,doktor nak tanya kalau rambut gugur bertompok- tompok apakah rawatannya.boleh bgth saya apakah rawatan yg patut saya buat.rambut dah gugur 4 tahun dan pelbagai ubat saya dah guna..terima kasih

      Delete
    7. ia mungkin jenis alopecia areata. perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan

      Delete
  88. Doktor ada buat rawatan alopecia areata tak?

    ReplyDelete
  89. Doktor ada buat rawatan alopecia areata tak?

    ReplyDelete
  90. xde ke kadeah yg lebih murah kos dia...mcm sya pendapatan kurang 1k sebln

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika masaalah rambut anda di peringkat awal , ada ubat boleh membantu. kos ubat adalah RM90 sebulan. boleh datang jumpa dr dulu untuk konsultasi PERCUMA . tel 03 56332333 untuk temujanji

      Delete
  91. xde ke kadeah yg lebih murah kos dia...mcm sya pendapatan kurang 1k sebln

    ReplyDelete
  92. kita ada di JB , kuantan , penang dan subang jaya. tel 03 56332333 untuk temujanji

    ReplyDelete
  93. DR,

    1.adakah pengambilan propecia wajib selepas pembedahan hair transplant (FUE)? bolehkan patient abaikan propecia selepas pembedahan?

    2. Adakah process FUE ni sesuai utk orang yanhg berusia 50 tahun. Apakah kesan sampingan jika ada.

    3. Apakah makanan yg sesuai utk org yg mengalami keguguran rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Fungsi propecia : menjaga mana mana rambut yang MASIH ada . Tidak menumbuhkan rambut baru. Jika anda tidak makan propecia , rambut yg di tanam tetap tumbuh , tetapi rambut asal awak akan menjadi semakin nipis.

      Teknik FUE sesuai untuk semua peringkat umur

      secara am nya , zat besi

      Delete
  94. DR

    Macam mana pula dgn treatment hair regrowth injection?

    boleh ceritakan sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hair regrowth injection boleh berkesan untuk rambut yang gugur di sebabkan akar rambut tidak sihat. Ia tidak berkesan untuk masaalah rambut di sebabkan genetic

      Delete
  95. bolehkan dr buat pemerikssan untuk menentukan adakah keguguran rambut saya disebabkan oleh genetic atau akar?

    Adakah cara untuk saya untuk membuat pemerikssaan sendiri bagi menentukan sebab2 keguguran

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda boleh whatsapp ke 0199806377 untuk dapat kan temujanji berjumpa dr Shah . Konsultasi adalah PERCUMA.

      Delete
  96. Assalam dr. Klau alopecia areata blh ke bt fue? Adakah hair akn gugur berulang slps bt fue. Mohon pnjelasan.

    ReplyDelete
  97. Assalam dr. Klau alopecia areata blh ke bt fue? Adakah hair akn gugur berulang slps bt fue. Mohon pnjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan ALopecia Areata bukan Hair transplant.

      Delete
  98. Salam doktor, untuk teknik FUE andai rambut yg sy nak tanam di ambil dalam jumlah yang kecil adakah akan nampak kesan parut tersebut di kepala..?

    ReplyDelete